Carian
AirAsia Academy Dijenamakan Semula Sebagai Outclass – Platform Memfokuskan Pembelajaran
July 6, 2024 Aman

AirAsia Academy merupakan salah satu penawaran dibawah Capital A yang memfokuskan kepada penggunaan teknologi dan pendidikan. Terbaru, mereka mengumumkan penjenamaan semula, dan kini dikenali sebagai Outclass.

Untuk makluman, pihak Capital A agak agresif melakukan penjenamaan semula akhir-akhir ini. Sebelum ini, AirAsia SuperApp telah dijenamakan semula kepada AirAsia Move, dan turut menggunakan warna hijau dalam penjenamaan mereka, lebih kurang seperti Outclass ini.

Outclass akan mengekalkan penawaran perkhidmatan seperti sebelum ini, termasuk memfokuskan kepada penawaran platform pembelajaran yang menguasakan para individu dengan permintaan industri semasa. Melaluinya, pengguna boleh mengikuti pelbagai video pembelajaran, dimana ia ditawarkan dalam bentuk langganan pada platform Outclass.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak platform Outclass hari ini, dan ikuti pembelajaran melaluinya.

Komen