Carian
Individu Positif Covid-19 Dirawat Seperti Jangkitan Saluran Pernafasan Lain – Tiada Lagi Arahan HSO Mulai 15 Julai 2024
July 7, 2024 Aman

KKM kini memaklumkan tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia untuk Covid-19, dan varian yang masih menular adalah varian Omicron. Kes Covid-19 yang dilaporkan juga memperlihatkan penurunan, termasuk kes yang melibatkan kematian. Selari dengannya, kini KKM mengemaskini beberapa perkara melibatkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian untuk Covid-19 ini.

Face Mask

Berkuat-kuasa 15 Julai 2024, individu yang positif Covid-19 akan dirawat sama seperti jangkitan saluran pernafasan yang lain, dan tidak lagi akan diberikan HSO (Home Surveillance Order) atau arahan kuarantin di rumah. Namun, individu berkenaan diminta untuk terus berada di rumah atau tempat kediaman, elakkan interaksi rapat dengan orang lain, serta mendapatkan pemeriksaan dan rawatan melalui fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk. Pemberian Sijil Cuti Sakit dan rujukan ke hospital adalah akan berdasarkan penilaian Pegawai Perubatan yang merawat. Individu positif Covid-19 juga tidak perlu melaporkan status positif melalui aplikasi MySejahtera.

MySejahtera Merah

Disamping itu, individu positif Covid-19 digalakkan memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial, dan mengelak tempat yang sesak.

Perubahan baharu ini akan berkuat-kuasa 15 Julai 2024. Langkah ini adalah selari ke peralihan fasa hidup bersama Covid-19. KKM akan terus memantau situasi terkini Covid-19 di peringkat global dan juga di Malaysia.

Komen