Raiz Invest yang berpusat di Australia kini mengumumkan akan menutup operasi dan perniagaan mereka di Malaysia. Penutupan ini dijangka dilaksanakan secara berperingkat. Pengumuman lanjutan daripada pihak Raiz Malaysia masih belum dilakukan buat masa ini.

Melalui pemakluman Raiz Invest Australia, mereka menyatakan Raiz Malaysia dioperasikan melalui syarikat usahasama antara Jewel Digital Venture Sdn Bhd dan juga Raiz Invest Australia Limited. Dibawah semakan strategik yang dilakukan ke atas perniagaan Raiz Malaysia, kedua-dua rakan usahasama bersetuju untuk menutup perniagaan Raiz Malaysia.
Ia dikatakan entiti Raiz Malaysia mempunyai dana secukupnya dalam proses penutupan syarikat tersebut. Proses penutupan ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dalam usaha memastikan pelbagai proses dan ases pelabur diuruskan dengan baik.
Sebab disebalik penutupan operasi syarikat Raiz Malaysia yang telah berlangsung selama sekitar 4 tahun ini tidak dimaklumkan buat masa ini. Raiz akan terus memfokuskan pasaran Australia buat masa ini.