Carian
Menteri Komunikasi Akan Bertemu Dengan Semua Platform Media Sosial, Membincangkan Masalah Buli Siber
July 7, 2024 Aman

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan bertemu dengan semua penyedia platform media sosial di Malaysia pada bulan ini, dalam membincangkan langkah untuk mengatasi dan menguruskan masalah buli siber yang semakin meningkat di arena digital.

Fahmi Fadzil

Langkah ini dilihat penting, kerana Kementerian Komunikasi tidak berpuas hati dengan komitmen yang diperlihatkan pelbagai platform penyedia ini dalam menguruskan aduan berkaitan masalah ini. Masalah ini melibatkan pelbagai platform, termasuk TikTok yang tidak mengambil berat masalah ini.

Disamping itu, pada masa yang sama, Menteri Komunikasi juga akan membentangkan berkenaan masalah ini dalam mesyuarat kabinet yang akan diadakan pada Jumaat depan, dalam mencari penyelesaian terbaik, termasuk daripada aspek perundangan dan penguatkuasaan.

Perkongsian ini hadir lanjutan daripada seorang pempengaruh wanita berusia 29 tahun yang didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber.

Komen