Carian
MySRBN Kini Beralih Ke Perkhidmatan Prabayar Dengan 300MB Data Percuma Setiap Bulan – RM5 Untuk 200GB, RM20 Untuk 1TB
July 7, 2024 Aman

Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) kini secara rasminya mengumumkan mereka telah menamatkan tempoh percubaan bagi perkhidmatan jalur-lebar mereka, dan bermula 7 Julai 2024, MySRBN telah beralih kepada pelan prabayar yang dimuatkan dengan data 300MB percuma setiap bulan.

Untuk pengguna yang memerlukan data atau kuota internet tambahan, boleh melanggannya pada harga RM5 untuk 200GB bagi penggunaan selama 7 hari, atau RM20 untuk 1TB bagi penggunaan selama 30 hari.

Harga murah ini dapat dicapai dengan subsidi oleh Sarawak melalui SDEC, sekaligus menjadikan harga langgannya rendah dan boleh dimiliki golongan sasaran – sekaligus memastikan semua penduduk Sarawak dapat menikmati dan tidak ketinggalan dalam arena ekonomi digital.

Bagi anda yang di Sarawak, boleh memuat-turun aplikasi MySDEC, dan menyemak penawaran SRBN ini melaluinya.

Komen