Cari @ Amanz

Apple Dijangka Hanya Menawarkan Siri Generasi Baharu Pada 2025

Oleh Aman

Link Copied!

Apple melalui acara WWDC 2024 telah memperlihatkan sejumlah perkara dikuasakan kecerdasan buatan janaan, termasuk pembantu maya mereka sendiri, Siri. Walaubagaimanapun, Siri baharu yang diperlihatkan berkenaan dijangka hanya boleh digunakan oleh orang ramai menjelang 2025 kelak.

Melalui Bloomberg, ia dilaporkan Apple mungkin memperkenalkan beta untuk menguji Siri baharu dikalangan pembangun sekitar Januari 2025 kelak, sebelum ia dilancarkan kepada umum beberapa bulan selepasnya.

Siri sudah sekian lama tidak menerima sokongan atau nafas baharu, sehinggalah diumumkan pada tahun ini. Siri baharu ini akan membawa antaramuka baharu, selain turut membolehkan pengguna berinteraksi berasaskan konteks dan tidak perlu menyebut kata kunci setiap kali bertanya.

Dengan laporan ini juga, ia turut menjadi tanda tanya sama ada pengenalan Siri baharu ini akan dilakukan secara berperingkat dan mungkin mengambil masa sebelum versi bahasa Malaysia disokong, atau bagaimana. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan Siri oleh Apple ini.


Komen ()