Carian
Oppo Mengesahkan Kehadiran Reno12 F 5G Di Malaysia
July 9, 2024 Amy Maizuraa

Kehadiran Oppo Reno12 F 5G akhirnya diacah secara rasmi selepas ditemui tersenarai menerusi SIRIM tempoh hari. Tarikh pelancaran dan spesifikasi dalaman masih belum diperincikan secara rasmi oleh Oppo buat masa ini. Namun merujuk kepada cogan kata ‘OPPO AI Phone’ yang disertakan dalam poster rasmi, ia boleh mengintegrasikan AI dalam fotografi bertujuan untuk penghasilan gambar lebih menarik.

Namun memandangkan peranti pernah diumumkan di pasaran luar justeru berpotensi perkakasan dalamannya sama. Sekiranya benar, peranti boleh dilengkapi cip Dimensity 6300, skrin 6.67-inci OLED FHD+, kamera utama 50MP + 8MP ultra-lebar + 2MP makro dan bateri 5,000mAh.

Terdapat juga fungsi yang mengintegrasikan AI seperti AI Eraser 2.0 yang boleh mengesan objek yang tidak dimahukan dalam gambar dan menghilangkannya. Kemudian AI LinkBoost untuk sambungan yang lancar dan stabil. AI Smart Image Matting pula boleh digunakan untuk membuat pelekat ringkas dan AI Studio untuk hasil gambar potret lebih artistik. Nantikan kemaskini selanjutnya daripada pihak Oppo berhubung perkara ini.

Komen