Carian
Touch n Go eWallet Memperkenalkan Hab Kewangan Setempat, GOfinance
July 9, 2024 Aman

Touch n Go eWallet kini memperkenalkan kemaskini baharu untuk para pengguna dompet digital mereka, sekaligus menambah sebuah menu baharu dinamakan GOfinance. Melaluinya, ia menjadi hab setempat yang membolehkan para pengguna dompet digital berkenaan melihat pelbagai perkhidmatan kewangan yang dipautkan melaluinya.

Pada GOfinance, pengguna boleh melihat secara kasar pelaburan mereka, aliran tunai, liputan insuran, perbelanjaan, dan sebagainya. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi pengguna mendapatkan kedudukan kewangan dan perbelanjaan mereka tanpa perlu melihat pada pelbagai aplikasi atau menu berbeza.

Kemaskini GOfinance ini hadir dengan rekaan menu baharu pada bahagian bawah aplikasi untuk akses lebih pantas. Bagi anda yang menggunakan dompet digital Touch n Go eWallet, boleh mengemaskini aplikasi anda dan mengakses ciri baharu ini.

Komen