Carian
Cip Pemprosesan Grafik Intel Xe2 “Battlemage” Dibina Menggunakan Proses 4nm TSMC
July 9, 2024 Nazrin

Pada bulan lepas kami telah melaporkan bahawa siri cip pemprosesan komputer riba Intel terbaru, iaitu Intel Lunar Lake dibina menggunakan proses N3B oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company.

Perkara ini juga dilihat sama untuk cip pemprosesan grafik Intel Xe2 yang menguasakan bahagian grafik cip pemprosesan tersebut dan juga kad grafik Intel Battlemage yang akan dilancarkan kelak. Laporan terkini mengatakan bahawa cip grafik Intel Xe2 ini akan dibangunkan menggunakan proses N4 (4nm) TSMC.

Ini bukanlah sesuatu yang baru untuk komponen grafik Intel, kerana bermula dari Intel Arc Alchemist, ataupun Intel Xe, ia dibina menggunakan proses binaan N6 (6nm) sebelum ini, dan Intel nampaknya terus menggunakan khidmat TSMC buat masa ini, mungkin kerana proses 4nm mereka sendiri sedang dimanfaatkan untuk tujuan pembinaan cip pemprosesan kelas enterprise Intel Xeon terbaru mereka.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Intel dijangka akan memperlihatkan kad grafik Battlemage sekitar awal tahun hadapan.

Komen