Carian
Nubia RedMagic 9S Pro Akan Ke Pasaran Global
July 9, 2024 Amy Maizuraa

RedMagic 9S Pro disahkan akan ke pasaran global pada 16 Julai 2024. Perkara ini diumumkan oleh pihak Nubia menerusi laman media sosial rasmi dengan imej promosi rasmi yang dimuatnaik bersama. Sebelum ini peranti telah dilancarkan di China dengan fokus terhadap prestasi lebih memadai sesuai sengan gelarannya sebagai salah satu jenama peranti gaming.

Turut menjadi perhatian apabila Nubia memasarkannya sebagai peranti dengan Snapdragon 8 Gen 3 Leading Version iaitu versi cip yang menjalankan teras CPU utama pada 3.4GHz dan meningkatkan GPU kepada 1GHz. Diikuti dengan sistem penyejukan ICE 13.5 yang diperbaharui dengan ruang wap lebih besar untuk memastikan prestasi optimum meskipun sewaktu sesi permainan yang sengit.

Skrin rata akan digunakan pada bahagian hadapan dengan saiz bezel pada keempat-empat sisi yang sama besar. Tiada kewujudan lubang melaluinya menunjukkan peranti dilengkapi persediaan kamera swafoto bawah skrin. Ia menjadi teknologi utama yang telah digunakan oleh jenama ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Untuk spesifikasi lebih lengkap nantikan pelancaran rasmi peranti kelak.

Komen