Carian
Samsung Umum Sensor BioActive Baharu Dengan Kejituan 30% Lebih Baik
July 9, 2024 Fahim Zahar

Siri Samsung Galaxy Watch7 akan dilancarkan pada minggu ini. Selain versi rekaan lasak dan cip Exynos W1000 dilancarkan, Samsung baru-baru ini turut mengumumkan sensor BioActive baharu yang menjanjikan penjejakan dan pemantauan kesihatan yang lebih tepat.

Sensor ini kini mempunyai kemampuan menerima cahaya yang lebih baik, beberapa LED warna lain turut ditambah dan susunan sensor kini lebih optimal. Empat LED baharu disertakan adalah biru, kuning, ungu dan ultralembayung yang akan menyala bersaing dengan LED hijau, merah serta infra merah. Samsung menyatakan sensor baharu ini adalah langkah seterusnya untuk bahagian pemantauan kesihatan yang belum diterokai.

Galaxy Watch7 disahkan akan menerima sensor baharu ini. Ia kini mempunyai kejituan 30% tinggi berbanding sensor generasi terdahuly. Sensor ini turut boleh membawakan sokongan indeks Advanced Glycation End Products (AGEs). Ciri ini adalah perkara baharu untuk peranti boleh pakai yang masih tiada pada peranti pesaing. AGEs adalah indeks kesihatan metabolik dan penuaan biologi, yang dipengaruhi oleh gaya hidup secara keseluruhan dan tabiat pemakanan. Ia boleh membantu melakukan keputusan lebih baik untuk kesihatan diri berdasarkan usia biologi.

Komen