Carian
Senarai Permua Di Google Play Store Kini Akan Fokus Pada Treler Video
July 9, 2024 Fahim Zahar

Google Play Store dilihat kelak akan mengubah antaramuka pada penyenaraian permainan mudah alih (permua). Akan datang, permua di Play Store akan memfokuskan kepada paparan treler video sama ada promosi atau tatamain.

Antaramuka baharu ini kelihatan masih mirip dengan sekarang cuma kini nama pembangun di baris pertama kemudian nama permua dibesarkan lagi hampir dua kali ganda. Di atas nama permua kini terdapat treler yang dipaparkan secara lalai dalam mod tema gelap. Tatal video ke bawah akan membawa pengguna ke mod skrin penuh.

Ciri ini dilihat masih sedang diuji dalam Play Store versi 41.7.16-31 iaitu versi yang sama menguji ciri Play Protect baharu. Apa pendapat anda mengenai permua di Play Store dengan paparan treler seperti ini?

Komen