Carian
Menteri Digital : Kerajaan Akan Menubuhkan Institusi AI
July 9, 2024 Aman

Menteri Digital, Gobind Singh Deo kini mengatakan kerajaan akan menubuhkan institusi kecerdasan buatan (AI) di Malaysia tidak lama lagi. Institusi ini akan beroperasi sebagai pusat yang menghubungkan pakar dalam bidang, serta memastikan negara dalam landasan etika yang tepat untuk industri AI. Institusi ini juga dijangka akan merangka garis panduan etika pembangunan teknologi AI.

Menteri turut menegaskan yang mana pentingnya perundangan dan tadbir urus kecerdasan buatan dalam mewujudkan sebuah ekosistem yang baik, dalam usaha membawa Malaysia menjadi antara pemain utama dalam arena ini.

Ia turut ditekankan yang mana selari dengan mengejar arena kecerdasan buatan dan menjadikan Malaysia sebagai hab untuknya, aspek perundangan turut tidak boleh diabaikan dalam memastikan pembangunannya lancar.

Komen