Carian
Pertambahan Pengguna Aktif Harian Pada X Dilaporkan Mendatar, Sejak Diambil-Alih Elon Musk
July 9, 2024 Aman

Elon Musk sebelum ini telah mengambil-alih Twitter, dan seterusnya menjenamakan semula ia kepada X. Lanjutan daripadanya, pelbagai perubahan dilakukan pada platform tersebut – membuatkan ada yang kekal menggunakannya, dan pada masa yang sama ramai juga yang turut meninggalkan platform berkenaan ke platform seperti Mastodon, BlueSky, mahupun Threads.

Threads Twitter

Terbaru, menurut laporan FinancialTimes, X kini memperlihatkan angka pengguna aktif yang mendatar sejak pengambil-alihan oleh Elon Musk. Walaupun mencapai tahap angka pengguna harian yang tinggi, ia kekal sekitar angka 250 juta pengguna harian sejak dibawah Elon Musk.

Mengejar X dibelakang adalah Threads yang kini mempunyai sekitar 175 juta pengguna aktif bulanan. Threads juga turut dilihat menghadapi cabaran dalam terus meningkatkan angka pengguna aktif pada platform tersebut, disamping membuatkan pengguna berkongsi melalui platform tersebut.

Komen