Carian
Raiz Malaysia Menyatakan Operasi Berjalan Seperti Biasa Buat Masa Ini Sehingga Notis Selanjutnya
July 9, 2024 Aman

Lanjutan daripada pengumuman syarikat induk Raiz di Australia, kini selang beberapa hari, akhirnya Raiz Malaysia telah mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial mereka di Facebook. Melaluinya, Raiz Malaysia menyatakan operasi berjalan seperti biasa buat masa ini, sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Raiz Malaysia menyatakan mereka dalam proses untuk berbincang dengan pihak berkaitan, selain turut menekankan aset diuruskan secara profesional di Malaysia.

Sebelum ini, pada penghujung minggu lepas, Raiz telah mengumumkan akan menamatkan operasi di Malaysia. Raiz Malaysia merupakan syarikat usahasama antara Raiz Invest Australia Limited dan juga Jewel Digital Venture Sdn Bhd. Pada pengumuman sebelum ini juga, ia ditekankan yang mana proses penutupan akan dilakukan secara berperingkat di Malaysia.

Sama-sama kita nantikan langkah selanjutnya oleh Raiz Malaysia, dan bagaimanakah proses penutupan akan dilaksanakan.

Komen