Carian
Spotify Menambah Sokongan Komen Pada Podsiar
July 9, 2024 Aman

Spotify sedia melakukan pelaburan yang agak tinggi dalam arena podsiar – selari peningkatan penerbitan dan permintaan untuk kandungan tersebut. Kini, Spotify juga terus memperkembangkan lagi kadar interaksi pada sesuatu podsiar dengan memperkenalkan sokongan komentar padanya.

Dengan langkah ini, para pengguna boleh meninggalkan pendapat atau komen berkenaan sesuatu podsiar – dan pada masa yang sama membolehkan para penerbit podsiar untuk mengambil maklum, serta berinteraksi.

Spotify menyatakan mereka memperluaskan penggunaan teknologi soal-jawab sedia ada pada platform berkenaan dalam memperluaskan kadar interaksi. Spotify turut menekankan pengenalan komen ini sekaligus membuatkan podsiar yang biasanya berformat sehala, kini berubah menjadi dua hala dari segi interaksi.

Komen