Carian
IDC – Pengeluaran PC Pada Q2 2024 Meningkat 3%
July 10, 2024 Effi Saharudin

Pengeluaran komputer peribadi global meningkat 3% pada Q2 2024 yang lalu dipacu oleh permintaan untuk PC yang mempunyai kemampuan AI menurut laporan terkini IDC. Lenovo adalah pengeluar dengan pegangan pasaran terbesar pada suku ini dengan 22.7% diikuti oleh HP (21.1%), Dell (15.5%), Apple (8.8%) dan Acer (6.8%).

Apple mencatatkan peningkatan 20.8% yang merupakan tertinggi berbanding suku yang sama 2023 diikuti oleh Acer yang mencatatkan peningkan 13.7%. Hanya Dell mencatatkan penyusutan pengeluaran 2.4%. Ini ialah berita baik baik pengeluar PC yang menikmati dua suku yang positif pasca pandemik. Ini selari dengan kitaran pembelian PC baharu yang dibeli ketika pandemik. Pengenalan PC baharu dengan cip AI dijangka akan memacu peningkatan pengeluar pada Q3 2024 kelak.

Komen