Carian
Harga Langganan PC Game Pass Meningkat Ke RM20 Sebulan Bermula September
July 10, 2024 Effi Saharudin

Harga langganan bulanan untuk PC Game Pass akan meningkat di semua pasaran bermula 12 September ini. Di Malaysia bayaran akan meningkat ke RM20 sebulan berbanding RM15 sebelum ini. Tindakan Microsoft ini dilihat sebagai cara untuk meningkatkan pendapatan disebabkan Games Pass untuk Xbox dan PC yang tidak berkembang seperti yang diharapkan dan tiba sebulan sebelum Call of Duty: Black Ops 6 dilancarkan pada bulan Oktober nanti.

Pelanggan masih akan menikmati permainan baharu daripada studio-studio milik Microsoft menerusi langganan Games Pass. Tetapi di pasaran dimana Xbox disokong oleh Microsoft, pelan baharu Xbox Game Pass Standard akan diperkenalkan pada harga lebih murah tetapi tanpa permainan baharu yang boleh dimainkan sejak hari pertama. Ini bermakna permainan baharu daripada studio Microsoft hanya akan ditawarkan di suatu ketika selepas ia dilancarkan.

Perniagaan permainan video Microsoft menerima rombakan besar tahun ini menyebabkan beberapa studio pembangun ditutup dan ribuan kakitangan dibuang kerja. Keseluruhan industri permainan video sekarang terkesan disebabkan tekanan ekonomi pasca pandemik menyebabkan studio dan syarikat besar seperti Sony turut mengikut langkah Microsoft membuang pekerja.

Komen