Realme GT6 baru sahaja diumumkan dengan ianya dilengkapi perkakasan dalaman berbeza mengikut pasaran. Misalnya seperti versi China yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 sementara itu versi global pula dilengkapi cip Snapdragon 8s Gen 3. Perbezaan turut boleh dilihat pada kapasiti bateri 5,800mAh yang lebih besar.

Berkongsi lebih lanjut peranti ini mempunyai skrin LTPO AMOLED 6.78″ 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dilengkapi kecerahan setinggi 6,000nits, fungsi PWM Dimming 2160Hz dan pensijilan HDR10+ untuk pengalaman lebih baik. Cip yang digunakan adalah Snapdragon 8 Gen 3 yang menggantikan Snapdragon 8s Gen 3 pada versi global (termasuk Malaysia). Ini dipadankan dengan memori 16GB LPDDR5X RAM, storan dalaman 1TB UFS 4.0 dan bateri 5800mAh dengan pengecasan pantas 120W.

Kamera utama terdiri dengan 50MP + 8MP yang kemudiannya diikuti kamera swafoto sebesar 16MP. Terdapat juga sokongan Sky Communication System untuk sambungan yang lancar dan stabil meskpun tiada rangkaian biasa boleh dicapai. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, kalis air IP65 , pembesar suara stereo dan bluetooth 5.4.