Carian
Google Memberikan Ciri Pemantauan Web Gelap Kepada Semua Pengguna
July 10, 2024 Fahim Zahar

Pelanggan Google One di negara terpilih menerima menerima ciri laporan web gelap yang diimbas oleh Google bagi memeriksa sama ada data peribadi mereka telah tertiris. Google baru-baru ini menyatakan laporan web gelap tidak lagi terhad kepada pelanggan Google One tetapi diberikan kepada semua pengguna Google.

Laporan web gelap Google ini menyemak nama, alamat, nombor telefon dan emel pengguna yang mungkin telah tertiris. Google kemudian akan memaklumkan kepada pengguna sama ada melalui emel atau pengguna boleh menyemak sendiri di laman Results about you. Menurut Google ciri ini adalah untuk pengguna memahami ancaman siber serta untuk melindungi pengguna ketika aktif di atas talian.

Buat masa ini ciri Results about you dan juga Dark web report hanya ditawarkan kepada 46 negara seperti Indonesia, Korea Selatan, Taiwan, Sepanyol dan lain-lain bermula hujung Julai. Google tidak menyatakan sama ada adakah ciri ini akan dikembangkan ke negara lain atau sebab kenapa ia hanya terhad di negara terpilih. Pada hemat saya ini adalah ciri tambahan baik bersama dengan Safety Check yang terbina pada Chrome. Apa kata anda?

Komen