Carian
Sekolah Elit Eton College Haramkan Telefon Pintar Dan Hanya Membenarkan Telefon Nokia
July 10, 2024 Effi Saharudin

Eton College ialah sekolah elit golongan bangsawan yang statusnya sama seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar di Malaysia. Sekolah berusia 584 tahun ini telah menghasilkan beberapa perdana menteri UK, dihadiri putera-putera raja dan anak-anak kasta pemerintah. Tetapi bermula tahun ini, pelajar baharu Eton tidak lagi dibenarkan menggunakan telefon pintar.

Pada permulaan penggal baharu September depan, pelajar tahun satu hanya dibenarkan membawa kad SIM ke sekolah. Sekolah kemudiannya akan memberikan setiap pelajar sebuah telefon Nokia tanpa sebarang ciri ini. Tindakan diambil oleh pengurusan sekolah selepas kerajaan UK membenarkan guru besar mengharamkan telefon pintar bagi mengelakkan gangguan ketika sesi pembelajaran. Bagi pelajar tahun lain pula, penggunaan telefon pintar adalah dibenarkan tetapi akan dikawal oleh pihak sekolah.

Tindakan yang diambil ini adalah drastik dan berani memandangkan Eton College ialah sekolah berasrama penuh swasta dengan bayaran yuran mencecah £50,000 (RM 300,000) setahun. Di UK, 97% kanak-kanak sudah memiliki telefon pintar pada usia 12 tahun.

Komen