Carian
OnePlus Mungkin Akan Menawarkan Peranti Dengan Bateri 7000mAh Tidak Lama Lagi
July 10, 2024 Fahim Zahar

Telefon pintar dengan bateri gergasi sehingga berbelas atau berpuluh ribu mAh bukanlah perkara baharu. Kita pernah lihat Energizer Power Max P18K Pop, Energizer Hard Case P28K, peranti Doogee, Ulefone dan banyak lagi. Sementara jenama terkenal biasanya hanya menawarkan sehingga 6000mAh ke 7000mAh. Akan datang OnePlus mungkin akan menyertai Samsung dan Tecno dalam menawarkan telefon dengan bateri 7000mAh.

OnePlus Ace 3 Pro, antara bateri OnePlus paling besar – 6,100mAh

Menurut Digital Chat Station, OnePlus ingin peranti ini berada dalam kategori kelas pertengahan. Ini bermakna ia mungkin berada di bawah siri Nord atau mungkin akan ada siri baharu. Oppo juga akan menawarkan peranti yang lebih kurang sama. Dengan OnePlus yang mempunyai teknologi Glacier Battery iaitu rekaan bateri kecil tetapi kapasiti besar, peranti ini pasti akan mempunyai rekaan premium.

OnePlus dan Oppo dilihat ingin bersaing dengan Samsung dalam pasaran Galaxy F dan Galaxy M. Mereka juga mungkin sedar yang peranti seperti Tecno Pova dengan bateri besar menarik perhatian ramai. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai peranti misteri ini.

Komen