Carian
Agensi WHO Mengatakan Bedak Talkum Menyebabkan Kanser
July 10, 2024 Effi Saharudin

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) telah mengklasifikasikan talkum yang wujud secara semula jadi sebagai berkemungkinan karsinogenik kepada manusia (Kumpulan 2A). Talkum digunakan dalam produk seperti bedak, kosmetik dan gula-gula getah. Penyelidik di IARC mendapati terdapat bukti terhad talkum menyebabkan kanser ovari dan menyebabkan kanser pada haiwan yang diuji di makmal.

Talkum ialah mineral yang terdiri daripada magnesium, silikon, oksigen dan hidrogen. Secara semula jadi, talkum boleh ditemukan bersama dengan asbestos yang umum diketahui menyebabkan kanser. Ketika dilombong, sukar untuk memisahkan talkum dan asbestos menyebabkan berlaku pencemaran rentas. Talkum yang digunakan dalam bedak misalnya masih mengandungi asbestos yang berbahaya.

Pada Mei lalu, syarikat Johnson & Johnson bersetuju membayar pampasan $6.48 bilion sebagai persetujuan menyelesaikan lebih 54,000 saman kumpul yang difailkan oleh pesakit kanser ovari di Amerika Syarikat. Di Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sudah menggesa KKM mengharamkan bedak berasaskan talkum di pasaran sejak 2022.

Komen