Carian
Oppo Mengemaskini Harga Jualan Find N3 Dan Find N3 Flip Bermula RM3,999
July 10, 2024 Amy Maizuraa

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan harga jualan baharu untuk dua peranti boleh lipatnya yang menjadikannya lebih murah. Melaluinya Oppo Find N3 kini boleh dibeli pada RM6,999 dengan diskaun sebanyak RM1,000 diberikan. Sementara itu Oppo Find N3 Flip pula berharga RM3,999 berbanding harga asal RM4,399. Pengurangan harga ini dilakukan hampir setahun selepas peranti dilancarkan secara rasmi.

Oppo Find N3 menawarkan skrin utama 7.8-inci LTPO AMOLED 120Hz. Kemudian diikuti skrin sekunder 6.3-inci LTPO AMOLED bernisbah 20:9 dan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0 digunakan untuk tunjang utama. Ini digabungkan pula dengan bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan 67W SUPERVOOC menerusi port USB-C. Konfigurasi kamera terdiri dengan 48MP (lebar) + 48MP (ultra lebar) + 64MP telefoto, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP di luar dan 20MP di skrin utama.

Oppo Find N3 Flip pula dilengkapi skrin utama 6.8-inci LTPO AMOLED 120Hz. Kemudian diikuti dengan skrin sekunder menegak diluar sebesar 3.26-inci AMOLED dengan kadar segar semula 60Hz. Peranti juga dilengkapi cip MediaTek Dimensity 9200, memori 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 512GB. Ini digabung juga dengan bateri 4,300mAh dengan pengecasan 44W SUPERVOOC. Konfigurasi kamera utama 50MP (utama) + 48MP (ultra-lebar) + 32MP (telefoto) dengan OIS, di samping kamera swafoto 32MP juga disertakan.

Komen