Carian
Sony Xperia 1 VI Berharga RM6,499 Di Malaysia
July 10, 2024 Amy Maizuraa

Sony akhirnya mengumumkan harga jualan rasmi untuk Xperia 1 IV di Malaysia. Dijual pada RM6,499, pembelian boleh dibuat sekarang dengan hadiah percuma berupa fon telinga WH-1000XM5 (bernilai RM1,799) diberi percuma. Namun perlu ditegaskan bahawa pemberian hadiah percuma itu hanya terhad untuk pembelian yang dibuat sehingga 10 Ogos 2024.

Sony Xperia 1 IV dilengkapi dengan skrin 6.5″ HDR OLED FHD+ 120Hz dengan nisbah 19:5:9. Ia kemudiannya dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5000mAh disertakan pula menyokong pengecasan pantas 30W. Dengan ianya juga boleh kekal di tahap 80% selepas 8 tahun digunakan.

Kamera utama terdiri dengan 48 MP + 12 MP (telefoto) + 12MP (ultra-lebar) dengan OIS yang kemudiannya diikuti kamera swafoto sebesar 12MP. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari bawah sisi, kalis air IPX5/X8), pembesar suara stereo Dolby Atmos dan bicu audio 3.5mm.

Komen