Carian
Acer Memperkenalkan Siri Komputer Riba TravelMate Baru Untuk Produktiviti Berkuasa
July 10, 2024 Nazrin

Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan empat buah model komputer riba Acer TravelMate baru yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan produktiviti harian individu pekerja. Model-model ini termasuklah Acer TravelMate P2 14, Acer TravelMate P4 14, Acer TravelMate P4 14 Spin dan Acer TravelMate P6 14.

Kesemua komputer riba ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 14 inci dan dikuasakan oleh cip-cip pemprosesan Intel Meteor Lake. Acer TravelMate P6 14 dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 165H, TravelMate P4 14 dan P4 14 Spin oleh Intel Core Ultra 7 155U, manakala Acer TravelMate P2 14 hadir dengan sejumlah besar pilihan cip pemprosesan Intel Core Ultra.

Acer TravelMate P6 14 hadir dengan konfigurasi paling premium diantara kesemua komputer riba yang diperlihatkan, dimana ia hadir dengan konfigurasi memori dan storan dari 16GB sehingga 32GB dan juga storan SSD PCie 4.0 terbina sehingga 1TB.

Acer TravelMate P4 14 dan TravelMate P4 14 Spin pula hadir dengan rekaan nipis dan ringan, pada ketebalan 21.9mm dan juga berat 1.49kg yang membolehkan pengguna untuk mudah membawanya kemana-mana. Untuk model P4 14 Spin pula, paparan skrin boleh dipusing 360 darjah untuk memudahkan perkongsian kandungan dengan orang ramai.

Bagi anda yang sedang mencari sebuah komputer riba Acer Travelmate P2 14 pula, komputer riba ini hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan, tetapi hadir dengan piawaian tahan lasak MIL-STD 810H yang memastikan komputer riba anda masih bertahan walaupun apabila anak-anak anda menggunakan komputer riba ini.

Ketiga-tiga komputer riba Acer TravelMate ini sudahpun tiba di pasaran tempatan pada tanda harga berikut:

  • Acer TravelMate P6 14 – Bermula dari RM7299
  • Acer TravelMate P4 14 – Bermula dari RM6199
  • Acer TravelMate P4 14 Spin – Bermula dari RM4799
  • Acer TravelMate P2 14 – Bermula dari RM3799

Komen