Carian
Shell Recharge Mencatat Rekod Malaysia – Hab Pengecas EV Berprestasi Tinggi Di Altitud Tinggi, Genting Highland
July 10, 2024 Ikhwan Nazri

Pengecasan EV merupakan perkara terpenting dalam pemilikan EV dan setiap lokasi pengecasan yang strategik dapat menambahkan jarak perjalanan setiap EV ke penghujung destinasi. Hari ini Shell Recharge mencipta sejarah apabila melancarkan pengecas EV Berprestasi Tinggi di salah satu lokasi tertinggi di Malaysia iaitu Resorts World Genting.

Pengecas ini yang terletak pada altitud 1865m di hadapan Highland Hotel mempunyai 10 ruang pengecasan dengan 4 daripadanya adalah DC 360kW dan baki 6 adalah AC 22kW. Menggunakan aplikasi ParkEasy, pengguna perlu membayar tempahan pengecasan (Confirmation Fee) sebelum memulakan pengecasan dan ruang parkir akan ditempah selama 10 minit. Untuk DC 360kW, bayaran tempahan pengecasan adalah sebanyak 10 kredit (~RM 10) dan kadar pengecasan adalah 2.80 kredit setiap kWh manakala untuk AC 22kW, bayaran tempahan pengecasan adalah 8 kredit (~ RM 8) dan akan dicaj 1.80 kredit (~RM 1.80) setiap kWh. Kadar tempahan pengecasan untuk lokasi ini adalah berbeza dengan lokasi lain dan akan dikecualikan sekiranya pemilik EV hadir mengecas dalam tempoh 10 minit.

Sebagai perbandingan, pengecasan berprestasi tinggi 360kW ini membolehkan EV yang boleh menerima kapasiti pengecasan tertinggi seperti Porsche Taycan untuk mengecas 10-80% sepantas 18 minit. Shell turut berkongsi untuk pemilik Porsche Taycan akan menerima keahlian Platinum selama 3 tahun secara percuma, memberikan diskaun 50% untuk pengecasan sehingga 180kW DC. Malah pemilik juga akan boleh menempah ruang pengecasan pada kadar RM 4 dan menerima pulangan tunai 10% apabila menggunakan pengecas AC.

Dengan pelancaran Hab Pengecasan Berprestasi Tinggi yang pertama dari Shell Recharge ini akan memberikan pengguna EV lebih jarak untuk menghala ke Pantai Timur, dan juga salah satu lokasi percutian berprestij di Malaysia. Sehingga kini terdapat 160 soket pengecasan Shell Recharge seluruh Malaysia, dan mereka juga menyokong rangkaian pengecasan EV di Thailand dan juga Singapura. Shell Recharge Perasing telah dilancarkan pada bulan raya lepas, dan Shell Recharge di Paka akan diumumkan tidak lama lagi.

Komen