Carian
Logitech G309 Lightspeed Wireless Gaming Mouse Dengan Bateri 600 Jam Dilancarkan
July 10, 2024 Amy Maizuraa

Logitech G309 Lightspeed Wireless Gaming Mouse telah dilancarkan sebagai tetikus gaming baharu dengan rekaan yang ergonomik. Ia juga ringan dengan berat hanya 68 gram (tanpa bateri) yang menjadikannya selesa digunakan dalam tempoh masa panjang.

Ini bertepatanlah dengan salah satu tumpuan utama yang menyediakan ketahanan 300 jam dalam mod Lightspeed dan meningkat 600 jam apabila disambungkan melalui bluetooth dengan hanya menggunakan bateri bersaiz AA. Sebagai alternatif tetikus ini juga boleh dicas secara nirwayar melalui teknologi Logitech POWERPLAY yang disokong bersama.

Tetikus ini juga menggunakan sensor HERO 25K dengan tahap kepekaan sehingga 25,600 DPI dan tahap ketepatan sehingga 400 IPS. Pada masa sama memuatkan suis optikal-hibrid Lightforce untuk tindak balas yang lebih lancar dan pantas dalam sesi gaming yang mencabar. Sebanyak enam butang disertakan dan boleh diprogramkan mengikut keperluan pengguna menggunakan perisian Logitech G Hub.

Dengansemua penawaran ini, Logitech G309 Lightspeed Wireless Gaming Mouse boleh sahaja berfungsi dengan baik untuk majoriti sesi permainan sama ada berprestasi tinggi mahupun kasual. Logitech G309 Lightspeed Wireless Gaming Mouse dijual pada $79.99 (~RM376) dengan pilihan warna hitam dan putih.

Komen