Carian
RedONE Menawarkan Rebat Bulanan Sehingga RM60 Untuk Pelanggan Yoodo Yang Berpindah Ke Rangkaian RedONE
July 10, 2024 Aman

RedONE kini nampaknya menawarkan promosi khusus untuk para pelanggan Yoodo yang masih berkira-kira untuk beralih rangkaian. Melaluinya, RedONE menyediakan dua pilihan pelan dengan rebat bulanan berjumlah sehingga RM60.

Dua pelan yang ditawarkan untuk pelanggan Yoodo adalah 5G Postpaid38 SE yang menawarkan data 40GB 5G/4G, serta penggunaan sosial tanpa had pada kelajuan 6Mbps dengan had FUP 50GB, pada harga RM38 sebulan. Diskaun RM5 ditawarkan selama 6 bulan pertama, menjadikan bil bulanan adalah RM33 sebulan.

Satu lagi pelan yang ditawarkan dengan rebat adlah 5G PostPaid48SE, yang berharga RM48 sebulan, menawarkan data 50GB, serta data sosial 100GB pada kelajuan 6Mbps. Kedua-dua pelan ini turut hadir dengan penawaran panggilan tanpa had untuk semua rangkaian melaluinya.

RedONE menawarkan promosi pelan ini khusus untuk pelanggan sedia ada Yoodo yang ingin beralih ke RedONE sahaja. Rebat pembayaran bulanan ini perlu ditebus melalui aplikasi RedONE 1App setiap bulan.

Komen