Carian
Gambar dan Video Google Photos Kini Boleh Dipindahkan Terus Ke iCloud Photos
July 11, 2024 Effi Saharudin

Gambar yang disimpan di Google Photos kini boleh dipindahkan dengan mudah ke storan iCloud Photos bermula hari ini. Google dan Apple mengaktifkan ciri ini di bawah Data Transfer Initiative (DTI) yang ditubuhkan oleh mereka bersama Meta.

Pengguna tidak perlu memindahkan gambar di Google Photos secara manual. Mereka hanya perlu melakukan arahan supaya gambar dan video dipindahkan ke iCloud Photos menerusi laman Google Takeout. Kemudian ikuti arahan yang diberikan untuk memulakan proses migrasi. Proses pemindahan akan mengambil masa beberapa jam sehingga ke beberapa hari bergantung kepada saiz fail.

Jenis fail yang disokong ialah JPEG, HEIC, PNG, GIF, TIFF, dan BMP untuk gambar. Sementara itu jenis fail video yang disokong pula ialah MP4 dan MOV. Live Photos dan Memories walau bagaimanapun tidak boleh dipindahkan ke iCloud Photos. Fail yang tidak disokong akan sebaliknya disimpan ke iCloud Drive.

Komen