Carian
Sony ZV-E10 II Dilancarkan Sekali Lagi Untuk Golongan Vlogger
July 11, 2024 Effi Saharudin

Semalam kamera Sony ZV-E10 II telah dilancarkan sebagai model kemas kini untuk ZV-E10 asal dari tahun 2021. Seperti model pertama, ZV-E10 II memberikan penekanan kepada golongan pencipta kandungan dan vlogger.

Ia dilengkapi sensor 26-MP Exmor R CMOS APS-C yang dipadankan dengan cip pemprosesan imej Bionz XR. Menurut Sony, kemampuan ZV-E10 II adalah setanding dengan kamera a6700 dan FX30 yang juga dikeluarkan oleh mereka. Kamera turut boleh melakukan rakaman video sehingga 4K/60p 10-bit 4:2:2 menerusi mod S-Log atau S-Cinetone.

Penambahbaikan juga dilakukan pada kepantasan autofokus. Mod sinematik diberikan dengan ia merakam video pada nisbah 2.35:1 dan kadar bingkai 24p. Bagi pengkarya media sosial, antaramuka kamera telah dikemaskini untuk memudahkan rakaman video menegak. Akhir sekali bateri kini lebih baik dengan ia mampu memberikan tempoh rakaman sehingga 130 minit berbanding hanya 80 minit pada model pertama.

Sony ZV-E10 II dijual pada harga $999 (~RM4687) untuk tubuh sahaja atau $1,099 (~RM 5158) dengan lensa Sony 16-50mm f/3.5-5.6 OSS II.

Komen