Carian
Fon Telinga Dengan Rekaan Seakan Anting-Anting Xiaomi Akan Ke Pasaran Malaysia
July 11, 2024 Amy Maizuraa

Fon telinga terbuka dengan rekaan anting-anting dilihat semakin mendapat perhaatian dalam kalangan pengeluar. Salah satunya Xiaomi yang juga tidak ketinggalan menawarkan produk yang sama dikenali sebagai Xiaomi OpenWear Stereo. Lebih menariknya lagi apabila ia turut disahkan akan ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Laman pengiklanan rasmi bagaimanapun sedia diterbitkan bersama spesifikasi penuh. Ia menggunakan rekaan unik yang nampak seperti anting-anting apabila digunakan di telinga. Pada masa sama dilengkapi pod simpanan merangkap pengecas berbentuk bujur dan nipis. Sepasang pemandu audio 10mm juga digunakan dengan julat frekuensi 20Hz – 40Hz dan melepasi pensijilan Hi Hi-Res Audio Wireless untuk pengalaman lebih baik.

Pengguna turut boleh mengawal fon telinga melalui kawalan sesentuh sama ada untuk main balik, menjeda, melangkau, menyesuaikan kelantangan audio dan banyak lagi. Penggunaan bersama Xiaomi Earbuds adalah disarankan untuk penyesuaian audio lebih peribadi. Bateri disertakan pula boleh bertahan lebih 30 jam dengan bantuan pod pengecas dan kalis air IP54.

Satu-satunya persoalan masih belum terjawab hanyalah harga jualan yang akan kami kongsi dalam artikel akan datang.

Komen