Carian
Kemaskini Wajib Windows 10 Terbaru Memperkenalkan Copilot Pada Sistem Operasi Tersebut
July 11, 2024 Nazrin

Microsoft baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah kemaskini wajib pada sistem operasi Windows 10 mereka, khususnya versi 21H2 dan 22H2, dimana mereka akan menerima kemaskini KB5040427. Melalui kemaskini ini, Microsoft akan memperkenalkan fungsi pembantu AI Copilot pada sistem operasi tersebut.

Ini adalah kerana walaupun Windows 10 akan ditamatkan sokongan rasminya pada tahun 2025, ia masih lagi sistem operasi yang paling banyak digunakan, dan Windows 11 masih lagi tidak melepasi jumlah penggunaan yang dikehendaki walaupun pengguna akan diwajibkan menukar kepadanya pada tahun hadapan.

Untuk pengguna yang tidak mahukan Copilot pada komputer Windows 10 mereka, malangnya kemaskini dilihat sebagai kemaskini wajib yang akan perlu dipasang pada semua komputer dengan sistem operasi tersebut, dimana ia akan dipasang secara automatik.

Fungsi Copilot akan dipinkan pada taskbar sistem operasi anda, menggantikan widget AI yang digunakan pada sistem operasi tersebut selama ini. Ia akan berfungsi sebagai sebuah aplikasi, dan bukan dipasang secara mendalam seperti apa yang diperlihatkan pada sistem operasi Windows 11.

Microsoft juga mengesahkan bahawa walaupun kemaskini ini akan dilakukan secara global, ia akan dilakukan secara berperingkat tidak lama lagi, dengan pasaran-pasaran tertentu akan menerimanya terlebih dahulu.

Komen