Carian
Samsung Mempunyai Satu Lagi Pengumuman Yang Akan Datang Untuk Tahun Ini – Platform XR
July 11, 2024 Aman

Pada acara Galaxy Unpacked, Samsung telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, selain peranti berhubung lain, termasuk sebuah cincin pintar dinamakan Galaxy Ring. Tidak ketinggalan dengan itu, Samsung turut berkongsi akan melakukan pengumuman berkaitan platform XR kelak pada tahun ini.

Buat masa ini, ia sekadar diumumkan yang mana Google dan Qualcomm akan bekerjasama dengan Samsung dalam pembangunan platform XR baharu ini. Ia masih kekal misteri berkenaan penawaran platform berkenaan.

Dengan mengasingkan pelancarannya untuk acara khusus, Samsung, Google dan Qualcomm dilihat akan memberikan fokus lebih kepadanya, dan supaya ia tidak tenggelam dalam pelbagai pengumuman peranti lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal ditawarkan oleh Samsung melaluinya kelak.

Komen