Carian
Nama Model CPU Intel Lunar Lake Dan Arrow Lake Diperlihatkan Melalui Kemaskini CPU-Z
July 11, 2024 Nazrin

Siri CPU Intel Lunar Lake yang baru diperkenalkan sewaktu acara Computex Taipei pada bulan lalu sepatutnya hanya akan memperlihatkan butiran tambahan seperti nama model dalam masa beberapa bulan lagi, lebih menghampiri masa apabila cip pemprosesan ini dilancarkan bersama-sama komputer-komputer riba baru.

Terkini, kemaskini kepada perisian butiran komponen komputer CPU-Z nampaknya telah menyenaraikan nama-nama cip pemprosesan Intel terbaru ini, termasuk juga bersama-sama dengan siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake, yang juga akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Nama-nama model cip pemprosesan yang diperlihatkan untuk Lunar Lake adalah seperti berikut: Intel Core Ultra 9 288V, Intel Core Ultra 7 268V, Intel Core Ultra 7 266V, Intel Core Ultra 7 258V, Intel Core Ultra 7 256V, Intel Core Ultra 5 236V, Intel Core Ultra 5 228V, dan Intel Core Ultra 5 2266V.

Nama-nama model Intel Arrow Lake yang diperlihatkan pula adalah Intel Core Ultra 9 285K, Intel Core Ultra 9 275, Intel Core Ultra 7 265K, Intel Core Ultra 7 255, Intel Core Ultra 5 245K dan Intel Core Ultra 5 240.

Butiran lanjut seperti jumlah teras terbina, kelajuan CPU dan jumlah memori khususnya untuk cip Lunar Lake masih tidak diketahui lagi, dan kami jangkakan bahawa butiran-butiran ini hanya akan diperlihatkan semakin menghampiri acara pelancaran untuk cip-cip pemprosesan ini.

Komen