Carian
Samsung Perkenal Ciri “Energy Score” – Membolehkan Anda Mengetahui Tahap Tenaga Untuk Produktiviti Harian
July 11, 2024 Aman

Samsung sedia melakukan pelaburan tinggi dalam arena peranti boleh-pakai yang turut disertakan dengan ciri kesihatan. Antaranya adalah termasuk untuk memantau corak tidur, kadar denyutan nadi, dan sebagainya – sekaligus memberikan gambaran kasar berkenaan keadaan dan sama ada seseorang itu mempunyai rehat yang secukupnya atau tidak.

Selari dengannya, kini Samsung memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan Energy Score. Melaluinya, ia menghimpunkan semua data yang dikumpulkan melalui peranti boleh-pakai, sekaligus memberikan skor tenaga anda untuk sesuatu hari.

Ini sekaligus membolehkan anda merancang aktiviti harian dengan sebaiknya dari segi fizikal dan mental, berasaskan kepada tenaga harian anda tersebut, sekaligus memastikan badan anda mempunyai rehat dan tenaga yang secukupnya.

Ciri baharu ini hadir bersama jam tangan pintar dan cincin pintar Samsung.

Komen