Carian
Seramai 465,924 Pengguna Telah Berdaftar Untuk MyDigital ID
July 11, 2024 Aman

Menteri Digital, Gobind Singh Deo kini berkongsi menyatakan seramai 465,924 pengguna telah berdaftar untuk identiti digital kebangsaan, iaitu MyDigital ID. Ia turut dikongsikan yang mana MyDigital ID akan diintegrasikan kepada PADU, dan dijangka selesai integrasi sekitar Ogos 2024 kelak.

Identiti Digital Kebangsaan ini akan memudahkan proses log masuk ke pelbagai perkhidmatan kerajaan, disamping memudahkan proses pendaftaran dan pengesahan identiti pada platform-platform lain. Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini beberapa perkhidmatan memerlukan anda memuat-naik gambar kad pengenalan untuk melakukan pengesahan identiti. Dengan integrasi MyDigital ID, langkah berkenaan sekaligus dipermudahkan, dan mengelak data pengguna disalahguna penyedia perkhidmatan luar.

Menteri Digital turut berkongsi menyatakan kelak MyDigital ID turut akan diintegrasikan bersama Touch n Go, EPF i-Akaun, LHDN, dan juga sektor perbankan.

Pihak MyDigital ID juga kini memperluaskan dan memudahkan proses pendaftaran, dan telah bekerjasama dengan Tealive untuk membolehkan pengguna berdaftar melalui kedai Tealive. Bergerak kehadapan, kita mungkin melihat MyDigital ID digunakan lebih meluas.

Komen