Samsung kini berkongsi menyatakan bakal memperkenalkan kemaskini untuk pembantu maya berasaskan suara mereka, Bixby – sekaligus mengintegrasikan model kecerdasan buatan tersendiri, dalam menjadikan pembantu maya berkenaan berupaya melaksanakan lebih banyak perkara lagi dibawah sesuatu konteks, tanpa menyeru kata kunci dan sebagainya.

Samsung dijangka akan menguasakan Bixby melalui model bahasa raya mereka tersendiri, sekaligus turut menyertakan sokongan penjanaan melaluinya. Samsung melalui CNBC memaklumkan akan melancarkan kemaskini Bixby ini pada tahun ini – mungkin terhad kepada beberapa pasaran untuk peringkat permulaan.
Walaupun menawarkan Bixby, Samsung masih membenarkan penggunaan pembantu maya alternatif lain, seperti Google Assistant atau Gemini, atau penyedia lain di pasaran. Namun, Bixby diintegrasikan lebih menyeluruh, termasuk membolehkan pengguna menjawab panggilan dan sebagainya melalui Bixby.
Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan Bixby yang lebih pintar ini tidak lama lagi.