Carian
Sony PlayStation Store Kini Menambah Sokongan Pembayaran Melalui ShopeePay
July 11, 2024 Aman

ShopeePay sedia diintegrasikan pada Google Play Store sebelum ini dalam memudahkan pembelian aplikasi untuk pengguna peranti Android. Selain daripadanya, kini Sony turut menambah sokongan pembayaran melalui ShopeePay untuk pembelian permainan di PlayStation Store.

Dengan langkah ini, pengguna boleh membuat pilihan sama ada membeli menggunakan kad kredit, kad debit, Apple Pay atau kredit di ShopeePay, selain penggunaan PS Store Gift Card.

Penawaran ini juga turut membuka ruangan lebih meluas untuk para pengguna melakukan pembelian dengan mudah, tanpa risau akan terlebih caj, atau terlebih berbelanja – memandangkan ia akan dihadkan kepada baki di ShopeePay sahaja.

Daripada ujian pihak Aksiz juga, ia didapati pengguna perlu memastikan ShopeePay mempunyai baki secukupnya sebelum melakukan pembelian – kerana tambah-nilai tidak boleh dilakukan terus ketika proses pembelian di PlayStation Store.

Komen