Carian
Aplikasi HLB Connect Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu
July 11, 2024 Amy Maizuraa

Hong Leong dalam satu perkongsian baharu memaklumkan bahawa aplikasi perbankan mudah alih HLB Connect telah dikemaskini dengan antaramuka baharu lebih segar. Penyusunan semula ini dibuat bertujuan memudahkan proses penggunaan dalam kalangan pengguna. Pada sama sama membantu pengguna menguruskan hal kewangan harian dengan sebaik mungkin.

Bermula dengan skrin utama sebahagian besar aplikasi menggunakan ikon yang ceria dengan gabungan warna merah, biru dan putih yang menghiasinya. Di samping turut memaparkan pelbagai promosi dan ganjaran menarik yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna. Seterusnya akses pantas ke beberapa ciri utama seperti QR Pay, ATM Wirthrawal dan Emergency Lock juga boleh dibuat dengan mudah melalui ikon anak panah yang disediakan pada bar navigasi di bahagian bawah.

Sebarang pemberitahuan dan transaksi perbelanjaan pula boleh disemak melalui butang loceng di bucu kiri aplikasi. Pengguna juga boleh melihat kesemua akaun bank berdaftar yang dimiliki melalui fungsi Overview dengan paparan yang dilihat cukup kemas dan mudah difahami. Pada masa sama mereka turut boleh menambah senarai penerima kegemaran melalui ruangan Favourite. Melengkapi kemaskini juga adalah ciri Apply yang boleh digunakan oleh pengguna untuk membuat permohinan kad, insurans dan lain-lain. Kemudian pelbagai aktivitivi kewangan yang termasuk status dan resit transaksi oula boleh disemak melalui ruangan Activities.

Beberapa fungsi lain yang turut ditambahbaik ialah pendaftaran akaun secara dalam talian, log masuk lebih mudah menggunakan imbasan wajah dan membuat pertukaran wang asing dengan pantas. Sila pastikan aplikasi HLB Connect anda dikemaskini ke versi terkini bagi menikmati pembaharuan ini.

Komen