Carian
Aplikasi Winamp Kini Ditawarkan Untuk Android Dan iOS
July 12, 2024 Aman

Winamp merupakan salah satu pemain muzik yang mempunyai nostalgia tersendiri dalam kalangan pengguna seluruh dunia – terutamanya yang mula menggunakan komputer sejak era awal 2000-an. Sejak beberapa tahun lepas, Winamp telah diberikan nafas baharu, dan menawarkan aplikasi desktop untuk para pengguna menguruskan pelbagai muzik dan media mereka pada komputer.

Kini, tidak hanya dengan itu, Winamp juga telah mengumumkan aplikasi Winamp Mobile untuk pengguna telefon pintar Android dan juga iPhone.

Winamp Mobile ini membolehkan pengguna mengakses fail-fail muzik pada peranti, selain lagu-lagu Winamp Fanzone. Ia turut menyertakan ciri sosial mengikuti artis pada platform berkenaan, dan menyokong mencipta senarai main untuk pilihan muzik anda.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Winamp Mobile ini di Google Play Store dan Apple App Store hari ini.

Komen