Carian
ARM Umumkan Accuracy Super Resolution Untuk Meningkat Kualiti Grafik dan FPS Permua
July 12, 2024 Effi Saharudin

Arm melancarkan ciri baharu Accuracy Super Resolution (ASR) yang akan meningkatkan kualiti grafik pada peranti mudah alih. Menerusi ASR, grafik berkualiti serta kadar FPS lebih tinggi boleh dinikmati tanpa peningkatan penggunaan kuasa bateri.

Teknologi ini adalah berasaskan AMD FidelityFX Super Resolution 2 (FSR 2). Menurut ARM, dalam ujian yang dilakukan, peningkatan FPS sehingga 53% boleh dinikmati apabila ASR digunakan pada GPU Immortalis-G720. Pada cip MediaTek Dimensity 9300 pula, penggunaan kuasa dapat dikurangkan apabila grafik 540p ditingkatkan kualitinya ke 1080p menggunakan ASR berbanding grafik 1080p secara natif tanpa ASR.

Dengan pengenalan ASR, kualiti lebih baik dan FPS lebih tinggi bukan sahaja boleh dinikmati pada telefon pintar tetapi juga pada tablet dan komputer riba yang menggunakan cip berasaskan ARM. Pembangun kini boleh mencuba menggunakan ASR pada permua yang sedang dibangunkan.

Komen