Sokongan Perkhidmatan Google Play Ditamatkan Untuk Android Lollipop
Fahim Zahar
Dilancarkan pada tahun 2014, Android Lollipop atau Android 5.0 kini sudah berusia 10 tahun. Mengejutkan masih ada banyak peranti menjalankan sistem operasi usang ini, seperti pada inforia kenderaan. Kini akhirnya, Google mula menamatkan sokongan perkhidmatan Google Play bagi sistem operasi ini.

Android Lollipop atau Android 5.0 kini tidak lagi akan menerima kemas kini Play Store. Semua peranti Android dengan sistem operasi ini atau dengan API 21 dan API 22 selepas ini tidak lagi boleh mengemas kini aplikasi dan tidak menerima perlindungan terkini Google Play Protect. Google turut menyarankan terus tukar ke peranti yang lebih terkini. Android 6.0 Marshmallow kini adalah versi paling rendah yang masih menerima sokongan kemas kini.
[sumber] 9to5Google [/sumber]