Anda Kelak Boleh Sembunyikan Gemini Pada Google Messages
Fahim Zahar
Empat bulan lepas, Google memperkenalkan Gemini terus pada Google Messages memudahkan pengguna untuk bersembang dengan AI generatif binaan Google ini. Ia boleh membantu pengguna mencari informasi dengan pantas, serta menjadikan teks lebih sedap dibaca. Gemini di Google Message boleh diakses melalui ruang sembang atau butang terapung.

Tidak dinafikan, pengguna yang tidak menghiraukan ciri AI akan merasakan ciri pada Google Messages ini menjengkelkan. Disebabkan itu akan datang anda boleh menyembunyikan butang Gemini. Ini akan memberi pengalaman pemesejan RCS yang lebih kemas dan lancar. Selepas Gemini disembunyikan, semua pemesejan akan disimpan dalam arkib yang pengguna bebas akses pada bila-bila masa. Ciri ini dijangka akan tiba dalam kemas kini seterusnya melalui Play Store.
[sumber] Android Authority [/sumber]