Transaksi BNPL Pada Suku Pertama 2024 Mencapai RM2.3 Bilion, Digunakan 3.7 Juta Pengguna Aktif
Aman
Perkhidmatan BNPL (Bayar Nanti, Pakai Lekas) merupakan salah satu kaedah bayaran yang dilihat semakin popular dalam kalangan pengguna tempatan. Melalui analisa terbaru CCOB (Consumer Credit Oversight Board), ia dilihat terdapat 3.7 juta pengguna aktif BNPL setakat ini, dan majoritinya adalah mereka yang berumur 21 tahun ke 45 tahun.
Untuk suku pertama 2024 sahaja, transaksi menggunakan BNPL mencapai RM2.3 bilion melibatkan 29 juta transaksi. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan mendadak berbanding hanya 14 juta transaksi bernilai RM1.3 bilion untuk tiga bulan pertama 2023 lepas.
Menurut analisa sama juga, id dilihat sekitar 3.8% pengguna aktif terlepas bayaran mereka pada tempoh 3 bulan pertama tahun 2023 ini.
Pada hari ini, terdapat lebih 700,000 peruncit yang menerima kaedah bayaran BNPL ini, terutamanya dalam sektor makanan, restoran, peruncitan, dan pengangkutan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.