CapCut Akan Berhenti Menawarkan Storan Awanan Percuma
Aman
CapCut, salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada penyuntingan video, kini telah mula memaklumkan para pengguna yang mereka akan berhenti menawarkan storan awanan percuma , berkuat-kuasa 5 Ogos 2024. Sebagai alternatif untuknya, para pengguna boleh melakukan langganan storan berbayar melalui aplikasi tersebut.

CapCut menawarkan aplikasi mereka secara percuma, tetapi beberapa ciri-ciri hadir dalam bentuk bayaran langganan bulanan. Pengguna juga turut boleh melanggan storan melalui aplikasi tersebut untuk menyimpan aset-aset yang digunakan dalam penyuntingan terus, tanpa perlu memindah ke perkhidmatan simpanan lain.
Sehingga kini, mereka menawarkan storan percuma 1GB kepada pelanggan, tetapi ia dilihat akan berhenti penawaran berkenaan berkuat-kuasa 5 Ogos kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.