Cari @ Amanz

Kerajaan Bersedia Untuk Tawarkan Pasport Antarabangsa Malaysia Dengan Tempoh Sah Laku Sehingga 10 Tahun

Oleh Aman

Link Copied!

Pada hari ini, tempoh sah laku pasport paling lama adalah selama lima tahun. Namun, kini dalam usaha memudahkan lagi rakyat, Kementerian Dalam Negeri menyatakan telah bersedia untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport sehingga 10 tahun lamanya.

Perkongsian ini hadir lanjutan daripada kajian dan libat urus yang telah dilaksanakan berkaitan perkara ini sebelum ini. Beberapa negara sedia menawarkan pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun ini, termasuk Singapura dan juga Indonesia.

Dengan perkongsian terbaru ini, KDN dilihat telah bersedia untuk penawaran berkenaan, tetapi tarikh pelaksanaannya masih belum diumumkan lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkaitan hal ini dalam masa terdekat.

Pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun dijangka hadir dengan bilangan muka surat yang lebih banyak, dan mungkin berharga tinggi sedikit berbanding penawaran pasport dengan tempoh sah laku 5 tahun.


Komen ()