Carian
Pulau Pinang Kini Negeri Nirtunai – Lebih 95% Transaksi Adalah Secara Nirtunai
July 13, 2024 Aman

Pulau Pinang kini menyatakan mereka telah mencapai piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dan juga PayNet – iaitu tahap penggunaan transaksi lebih 95% secara nirtunai, sekaligus membolehkan Pulau Pinang diiktiraf sebagai negeri nirtunai.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

Sejak 1 Januari ke 31 Mei 2024 lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang dan pelbagai agensi dibawahnya memperlihatkan 95.31% transaksi yang berlaku adalah secara nirtunai. Ini termasuk menggunakan dompet digital, kod QR, perbankan atas-talian, serta menggunakan terminal kad kredit atau debit.

Pulau Pinang turut menyasarkan untuk mencapai kadar penggunaan sehingga 97% menjelang 2030 kelak.

Komen