Samsung Dan Google Dijangka Pekenal Versi Pembangun Untuk Peranti XR Tahun Ini, Untuk Pengguna Awam Pada 2025
Aman
Samsung ketika pelancaran Galaxy Z Fold6 baru-baru ini, telah berkongsi menyatakan mereka akan perkenalkan peranti dibawah platform XR pada tahun ini. Selari dengannya, kini hadir laporan baharu, menyatakan Samsung akan perkenalkan peranti untuk versi pembangun terlebih dahulu, sebelum versi untuk pengguna awam diperkenalkan sekitar Mac 2025 kelak.

Samsung bekerjasama dengan Google dan juga Qualcomm untuk pembangunan peranti ini. Pengenalan versi pembangun dulu sekaligus akan membolehkan pelbagai aplikasi dibangunkan dan ditawarkan untuk pengguna kelak apabila peranti berkenaan ditawarkan secara rasminya.
Laporan sama menyatakan pada awalnya Samsung menyasarkan pengenalan pada awal tahun 2024 ini, namun ia ditangguhkan disebabkan beberapa perkara – termasuk kerana pengenalan Apple Vision Pro.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh Samsung dan Google melalui platform XR baru ini.