Tesla Dilaporkan Tangguh Pengenalan “Robotaxi” Ke Bulan Oktober
July 14, 2024
Automotif
Aman
Tesla pada awalnya dijadualkan untuk memperkenalkan teksi-robo mereka pada Ogos 2024. Namun, kini hadir laporan awal menyatakan Tesla menangguhkan pengenalannya kepada bulan Oktober.
Langkah ini sekaligus memberikan lebih masa untuk para jurutera dan pembangun dalam menyediakan prototaip teksi yang dipandu secara automatik berkenaan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada akan berlaku penangguhan lagi atau sebaliknya. Sebelum ini sendiri, Elon Musk telah sedia dikenali dengan mengumumkan sesuatu perkara yang tidak tersedia, dan seterusnya berlaku penangguhan berkali-kali sebelum ia diperkenalkan secara rasminya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.